BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 7, 2009

Majlis berbuka puasa & Program motivasi PERMIB...






Assalamualaikum w.b.t...Salam ramadhan semua...

Alhamdulillah pada 30 ogos 2009 lepas satu lagi program PERMIB telah berlangsung... program pa lagi kalau bukan program buka puasa ramai2 dan sekali dengan program motivasi sempena musim peperiksaan yang bakal tiba...program ni telah berlangsung dengan lancar walaupun dijalankan secara sederhana...tp yg penting pengisian program ini iaitu mengukuhkan lagi ukhwah di kalangan ahli2 PERMIB dan meningkatkan lagi motivasi ahli sebelum menghadapi final exam...pengarah program kali ni ialah saudara Zaidi Doni (abg jai) yang juga timbalan pengerusi 1 PERMIB dan dibantu oleh 2 org timbalannya yang mantap2 belaka iaitu saudara Umar Azihal (abg umar) dan Saudari Hanisah Sakirun (kak nisa)...2-2 diorang ni merupakan Biro Akedemik PERMIB...Penceramah masa program mativasi ni ialah Puan Haslinda yang juga merupakan Penasihat 2 PERMIB...beliau telah menyampaikan ceramah motivasinya dengan baik sekali...ada bakat jadi penceramah motivasi...terima kasih kepada abg Samsul Ali (mantan presiden PERMIB) kerana sudi hadir ke program ni...program ni bermula jam 5 petang lepas solat asar...bermula dengan ceramah motivasi dan seterusnya majlis berbuka ramai2...Tahniah kepada ajk2 yang bertungkus lumus untuk menjadikan program ini berjalan dengan lancar...mudah2an semua ahli PERMIB mendapat keputusan yang cemerlang dalam final exam...Semoga program yang seterusnya mendapat sambutan yang lebih baik lagi dari ahli PERMIB sendiri...sokonglah program PERMIB...Syukran...

Saturday, August 29, 2009

sokonglah program kita..."PERMIB untuk pelajar borneo"







assalamuaikum w.b.t...

aga kareba?...iyen abar?...pa kabar?...semua???....diharap semua sihat sejahtera...maklumlah, sekarang ni wabak H1N1 sedang menular...so hati2...sentiasa jaga kebersihan diri...saya afizie, wakil pimpinan permib 08/09 ingin bertanyakan beberapa persoalan yang terlintas di buah fikiran kami di pihak pimpinan dan ingin memberikan pesanan kepada semua ahli permib...persoalan2 yang timbul ialah,, sejauh mana kita kenal PERMIB itu sendiri??, sejauh mana kita kenal barisan pimpinan permib??, sejauh mana kita kenal dengan sahabat2 permib yang lain??, sejauh mana kita mengambil berat tentang permib??, sejauh mana kita terlibat dengan program permib??....ni adalah persoalan2 yang timbul sekarang...mungkin ada di kalangan ahli permib tidak tahu yang mereka sebenarnya ialah ahli permib...mungkin ada yang tahu tapi purak2 tidak tahu...sebenarnya,, tujuan utama persatuan mahasiswa islam borneo ini ditubuhkan adalah untuk menjaga dan mengambil berat tentang kebajikan ahli2nya...sekiranya terdapat ahli yang mengalami masalah kewangan, masalah pembelajaran, masalah peribadi, permib ni lah sepatutnya wadah ataupun platform untuk berkongsi dan menyelesaikan segala masalah tersebut...ahli2 permib ni terdiri daripada pelajar2 KUIS yang lahir atau berasal negeri2 dari kepulauan borneo iaitu Sabah, Sarawak, Brunei dan Labuan...mereka ini adalah golongan yang automatik menjadi ahli permib...sahabat permib sekalian,, kita harus ingat dan sentiasa bermuhasabah diri tentang tujuan kita menyambung pelajaran di KUIS ni...tempat ni bukannya dekat dengan kampung kita...kita dipisahkan dengan laut china selatan geng...saya yakin tujuan utama kita sambung pelajaran kita di sini adalah untuk mencari dan menuntut ilmu...jangan sesekali leka dengan godaan2 yang ada di sini...kita adalah insan yang lemah,, sesekali kita akan leka tentang tujuan kita datang sini...ada yang sambung KUIS sebab tak dapat tawaran belajar di IPTA, ada yang mahukan situasi pembelajaran yang islamic dan mcm2 lagilah...apa pun cerita di sebalik kedatangan kita ke sini, matlamat kita tetap 1 iaitu habis belajar...kan???...tapi biarlah kita menamatkan pengajian kita dengan penuh bangga dan puas hati sebab dapat apa yang kita mau...so,, kita tidak boleh leka...sahabat sekalian,, jangan risau dan khuatir,, kita seharusnya bersyukur kerana kita punya saudara sebangsa, senegeri dan mungkin sekampung yang sambung belajar di KUIS...sahabat2 senegeri ni berkumpul dan bernaung di bawah sebuah persatuan yang bergelar,, permib...dengan adanya permib,, kita tidak akan berseorangan...segala masalah kita boleh kongsi sama...sebab kita ni orang jauh...mungkin ada yang tidak biasa lagi dengan kehidupan di sini...mungkin juga ada yang biasa...dalam permib ni lah jugak kita boleh kenal2 dengan sahabat2 senegeri yang sebelum ini kita tidak kenal....sesiapa yang rindu kampung halaman,, datanglah dan joinlah program permib...suasana kampung akan terasa dalam permib ni...so,, kerinduan akan hilang walaupun tidak sepenuhnya...saya menyeru dan berharap semua pelajar2 borneo di KUIS ni dapat join semua aktiviti dan program permib...kita buat program bukanlah untuk mendapat publisiti di KUIS ni, bukanlah untuk jadi popular sebab banyak program dijalankan dan bukan jugak untuk saja2 memenatkan diri, tapi,,, kita buat program permib adalah untuk memastikan kebajikan pelajar2 borneo terjaga...itu yang penting sebenarnya...ingat,, kita membawa harapan ibu bapa...biar kita dianggap sebagai persatuan yang tidak popular, persatuan yang kecik, persatuan yang nampak tidak aktif,, yang penting diperingkat dalam kita, kita adalah yang terbaik dan terhebat walaupun orang luar pandang kita ni rendah dan kecik...tapi sebenarnya kita boleh buktikan yang kita ni hebat...so,, sokonglah permib....aktif2kanlah diri kamu dalam permib...kalau bukan kamu iaitu pelajar2 borneo,, siapa lagi??...semoga apa yang saya post ni dapat memberi impak yang positif kepada ahli2 borneo dan jugak kepada pimpinan permib itu sendiri...sama2lah kita sokong program permib...wallaualam...

Friday, August 28, 2009

family day permib!!!






salam ukhwah fillah smua....
alhamdulillah pada 26 julai lalu kita selamat menjalankan program pertama kita...satu program yang bertujuan untuk merapatkan lagi jalinan ukhwah antara ahli2 keluarga permib ni...program ni dijalankan dari awal pagi sampai malam...acara pada waktu pagi ialah acara sukan...sukan2 yg terlibat ialah futsal n bola jaring yang diadakan di padang kuis...tp sebelum start bersukan tu sempat lagi bah kita berpoco2 kan...mantap jo!!!...lepas solat zohor n makan, program disambung plak dengan acara sukan sepak takraw tuk bujang2 n bola tampar tuk perawan2...hehe...lepas tu brehat jap tuk solat asar...lepas solat asar tu program disambung lagi dengan acara sukaneka...memang best...abis bah barang tepung kena main..hehe..smpai pengerusi pun kena siram tepung...kejam, memang kejam..hehe...lepas abis sukaneka ni, smua pun letih n balik bilik tuk berehat, tido2 jap, mandi n solat magrib...pas solat magrib, smua adik bradik permib begerak ke dewan teater pkk tuk majlis penutupan program hari keluarga permib...dlm majlis ni ada tayangan slide mt n ajak, tayangan slide detik2 program famly day, n penyampaian hadiah kepada para jagoan permib...hehe..Tima kasih kepada para vip yang sudi hadir pada majlis ni...mereka ialah,, puan dayang annie(penasihat 1 permib), puan haslinda(penasihat 2 permib), abg umar azihal, abg samsul ali n abg idris(dorang smua ni mantan2 pengerusi permib), n saudara rosdi(sekreteriat lajnah & persatuan majlis perwakilan mahasiswa kuis)...mc pd majlis ni sapa lagi kalo bukan c fauziah n c zakiah...memang sempoi...lepas majlis penutupan, apa lagi,,,, makan tyme!!!... semua makan dengan hati yang gembira...InsayAllah sem depan kita akan buat lagi hari keluarga yang lebih mantap...n diharap semua ahli permib sokong smua program permib...kalo bukan kita yng sokong,, sapa lagi???....majulah permib tuk ahli2nya...hehe....wassalam...

Friday, July 31, 2009

ahlan wasahlan wamarhaban bikum...

Assalamualaikum dan salam ukhwah kepada semua. Selamat datang ke blog Persatuan Mahasiswa Islam Borneo (PERMIB). Blog ni dwujudkan untuk memberikan pelbagai infomasi-infomasi tentang PERMIB. Di blog ni jugak la kita boleh mengenali PERMIB. PERMIB merupakan sebuah persatuan anak negeri yang bernaung di bawah sekreteriat Lajnah dan Persatuan Majlis Perwakilan Mahasiswa dan Jabatan Pembangunan Mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Ahli-ahli permib terdiri daripada pelajar-pelajar KUIS yang berasal dari kepulauan Borneo iaitu Sabah, Sarawak, Brunei dan Pulau Labuan. Objektif utama penubuhan PERMIB adalah untuk menjaga kebajikan pelajar-pelajar borneo. Hal ini kerana pelajar borneo adalah antara pelajar yang minoriti jumlahnya d KUIS.